daie sejuta ummah

Ustaz Azhar Idrus terkenal sebagai tokoh agamawan yang aktif mengajar agama di banyak tempat di Malaysia. Dikenali sebagai ustaz yang berwatakan selamba, humor dan berani menyampaikan kebenaran menjadikan beliau disegani dan mudah didampingi oleh sesiapa sahaja.


biodata

Ustaz Azhar Idrus lahir pada 12 Februari 1964 di Kampung Ladang, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. Ustaz Azhar mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Hj Mohd Sharif, Alor Star, Kedah. Selepas tamat pengajian di peringkat rendah, beliau menyambung pengajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Darulaman, Alor Star, Kedah sampai ke tingkatan 2. Apabila beliau memasuki ke tingkatan 3, beliau berpindah ke negeri kelahirannya di sekolah Inggeris, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu sampai tamat pengajian tingkatan 6. Oleh yang demikian, beliau tidak pernah belajar ke Sekolah Arab, Sekolah Pondok, Madrasah atau Sekolah Agama. Hakikatnya, Azhar Idrus tidak mempunyai sebarang kelayakan dalam bidang pengajian Islam. Beliau telah mendapat pendidikan agama secara talaqqi dengan beberapa orang guru agama di sekitar Kuala Terengganu. Antaranya ialah: • Guru pertama: Tuan Guru Haji Syed Mokhtar - Tamat lebih kurang 40 buah kitab-kitab jawi secara talaqi • Guru kedua: Tuan Guru Mohd Tahir - Khatam kitab jawi juga lebih kurang 25 buah • Guru ketiga: Tuan Guru Mohd Hakim - Mula mendalami kitab-kitab bahasa arab seperti Nahu, Sorof, Usul Fiqh, Mustolah Hadith, Usul Quran dan Balaghoh • Guru keempat: Tuan Guru Haji Hasyim - Mendalami kitab-kitab arab dalam bab Nahu, Sorof, Fiqah, Tafsir dan Faraidh • Guru kelima: Tuan Guru Haji Ibrahim Mesir - Mendalami kitab Sirah Nabawi dan Lughah Arabiyah • Guru keenam: Tuan Guru Haji Muhammad Zubir - Mendalami ilmu fiqh & nahu • Guru ketujuh: Tuan Guru Haji Mohd Zain (Pondok Lubuk Pandan) - Mengaji ilmu Fiqh, Nahwu, Sorof, Tafsir, & Balahgoh Sepintas lalu Dahulunya Ustaz seorang guru dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu "band boy" dan sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium. Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk menjadi artis rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuanya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik dan bukannya untuk mencari glamor. Ustaz juga aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an. Telah menjadi rutin sewaktu masa lapang, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama kawan-kawan dan ada juga yang meminta Ustaz untuk merasmikan program berbasikal. Ustaz Azhar pernah bekerja dengan syarikat penerbitan dan pencetakan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan berhenti kerja sebagai artis grafik dan bekerja sebagai pencanting batik. Ketika itulah dia mempelajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh. Tiada alasan baginya hujan dan ribut. Dia yang pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah guru berkenaan. Perubahan diri Ustaz menjadi seorang yang bersungguh belajar agama kerana kawan baiknya seorang ketua "Punk" menghilang diri selama 5 tahun dan ketika muncul kembali temannya membawa suatu perubahan yang sangat ketara dari segi pemakaian dan tangkah lakunya. Tahulah Ustaz bahawa kawannya ini belajar di Patani. Apabila melihat kehebatan temannya ini, timbul rasa ingin menjadi sepertinya juga. Ustaz mula menghadiri kuliah-kuliah agama secara bertalaqi selama 12 tahun. Setelah berbekalkan sedikit ilmu, Ustaz mula mengajar di sekitar Surau Ladang. Dan laman web pertama surauladang.net diwujudkan pada tahun 1999. Kemudian website www.ustazazhar.net menyusur pada tahun 2005. Perubahan Perubahan Bermula 1990, Dengan melihat anak muda sekarang yang lebih berminat dengan motor dan kereta, maka Ustaz memasukkan apa yang diminati oleh golongan ini. Alhamdulillah anak muda boleh terima dengan baik. Dengan kesibukan jadual Ustaz sepanjang hari dan bulanan, Ustaz selalu mentelaah lagi buku-buku karangan mufti-mufti dan fatwa-fatwanya. Dalam harian rutin, Ustaz akan cuba menghabiskan 20 buah kitab sehari selama 5 jam.

OFFICIAL youTUBE
CHANNEL

My latest album

TOP